ops. picture nak hot jek haha..jangan tengok yer.
malam ni adalah malam pertama saya pergi jauh-jauh dari uia. ops harap jangan salah faham dengan word malam pertama itu. tapi yelah memang betol. mule-mule kami pergi makan malam. yelah sebab ade orang puasa kan iaitu nasiha dan faiqah. so kami pon bertolak la awal dalam pukul 6.30pm la jugak ye kawan-kawan? tak berapa ingat pulak. ingatkan nak pergi makan kat kedai santai namenya. dekat tanjung lumpur, kuantan. tanjung lumpur ni memang popular la di kalangan wanita-wanita uia yang jelitawan ni. tapi tak tahu la mengapa pelajar lelaki tak tahu tempat tu. sampai nak drive kereta pon tak tahu jalannya. tak kan tak pernah pergi kot. korang kan makan kuat semua. agaknya mereka ni tengah saving money kot. yelah semuanya dah nak kahwin kan.
pastu alih-alih kedau santai tu tutup. tauke kedai tu kata ada mesyuarat tergempar nak buat. menakutkan jugak dengar tuh. curious jugak kami nak tahu. tengok jela berita nanti kot-kot keluar pape berita ke.then kami makan di kedai ana jela.uish kami berlima makan memang tak ingat dunia. antara menu yang kami makan :
1. ikan aji-aji bakar petai
2. tomyam sayur
3. sotong tepung
4.udang tepung
tengok tu banyak tak kami makan. lapar sangat la tuh ataupun sebab first time makan kat restoran seafood bersama-sama kan kawan-kawan. borak-borak sampai tambah nasi. pastu dah tambah tak habis pulak sebab kenyang punya pasal.
next, kami pon ajak la driver aka faie untuk pergi jalan-jalan nak tengok pantai kate mereka. so our next destination is teluk cempedak. okay sampai-sampai tengok tak la ramai sangat maybe sebab hari khamis baru kan. so ambil gambar la ape lagi kan. girls tak sah kalo tak bergambar. bukan perempuan la kalu tak suke hehe..macam-macam tempat kami posing. gambar tak de pon kat saya. yang ade dekat camera nasiha, camera farah dan hp faiqah. kalau nak sangat tengok gambar kami carik lah mereka. kalau nak tengok la haha.
tengah syok-syok kami main pasir kat pantai tu, adela sekumpulan lelaki yang kelihatan nak berkhemah dekat pantai tu. memang siap ada khemah pon. yang buat kami rasa cam ceh kan ade la dengar-dengan ayat sebegini "meh-meh ada sex bebas kat sini". wow sungguh bengang kot dengar. seriously, i just cant hear something like that. rasa cam nak lempang jek sorang-sorang. they got the wrong people okay.
jalan-jalan lagi ada jumpe seorang pelukis jalanan macam biasa la mesti ade nampak kan kat pantai-pantai ni. she is a foreigner from canada and her name is nadia. macam nama melayu kan.
tengok la gmbar-gambar yang die lukis. lukisan macam cincai-cincai jek tapi dah RM3O. when i asked her what is the drawing meaning? she asked us back. she said we can intepret it ourselves. there is no specific meaning. okay terkejut dengar sebijik macam postmodernism yang belajar dalam unggas. lagipun saya yang buat tajuk postmodernism art ni. really same with what she said.
then sekejap jek kami pon balik la. dalam pukul 10pm. i was really enjoy myself this night. actually, i really like to out at night. especially when seat in the car at night and see the light on the road. itu memang kesukaan saya. saya suka sangat. nanti bila dah kahwin nak ajak husband dating malam-malam selalu. i hope he like it too hehe..
thanx kawan-kawan for this night. i love it. nanti kita keluar ramai-ramai lagi yer. love u all !