jom kita ke alam zaman kecik kecik hehe
tiba tiba nak cerita pasal ni teringat pulak kelakar pulak tu. takdela cinta sangat tapi takdela monyet sangat kan haha biasa la budak-budak main main pastu tersuka sekejap tapi sekejap jek pastu gaduh cam apa tak nak kawan dah.
- first sekali bila ek? tadika takde lagi rasanya. dulu tadika cina then ramai chinese and indian. so tak main cinta cinta ni pergi tadika pun bawak bantal busuk haha pastu menari dengan indian boy pakai socks yang panjang gila sampai pinggang tu macam seluar tu yang colour putih lebih kurang cam legging la sekarang kan tapi ni nipis. menari menari haha kelakar.
- time kat sekolah rendah pulak lagi merepek. dulu selalu kena tinggal dengan mak sedih pulak tiba tiba haha kena tinggal sebab pergi kerja duduk la kat rumah pengasuh. kenal budak lelaki ni jiran dengan makcik yang jaga kita ni la. dia darjah 3 kita darjah 1 eheh comel kan kecik lagi haha kita dengan dia selalu main petang-petang dengan adik masing-masing. main pecahkan telur ayam laa ape ntah lagi.
- okay pendekkan cerita masa dekat sekolah kitorang satu sekolah time rehat ada kakak ni dia baik sangat jumpa kita. dia satu kelas dengan lelaki ni jumpa sebab nak bagitahu lelaki tu suka kita kira lelaki tu suruh la. kakak tu jadi orang tengah la niboleh bayang tak masa darjah 1 orang cakap camtu haha kelakar gila pastu kita cakap tak ingat la apa kita cakap kan tapi kira cam 'taknak laaa' haa lebih kurang la then yang tak dijangkanya lelaki tu dengar dia datang terus tendang dekat perut. betul2 kena perut dengan kasut sekolah pulak tu. eh eh ni dah labih brother agak-agak laa main ganas pulak adoi. marah ke sampai camtu apa lagi kita nak gak tendang dia kan balik sekali tak kena dia lari tapi memang sakit la masa tu.
lebih kurang camni la kena tapi takdela sampai jatuh bangunan kan
kena kat padang sekolah jek dia ingat kita ni bola pe
ganas kan sampai sekarang tak tahu apa motif dia tendang orang. marah kena reject ke apa ke haha
- pastu ada abang darjah 6 pulak datang satu geng dengan geng dia la kan datang kelas kita. darjah 6 senior tuu pastu ketua geng boleh tahan hensem putih tapi masa tu kita darjah satu. mane ntah dia kenal kita cehh bajet budak comel kat sekolah dulu sebab tu orang kenal haha dia datang datang cakap dengan kawan kita nak jumpa anisah. pastu tau tak kita buat apa? terus menangis haha kita cakap dengan kawan kita tak nak jumpa dia sebab takut punya pasal. hensem tapi macam jahat. budak nakal ketua geng pulak tu lebih kurang cam F4's leader tula haha pastu dia pujuk banyak kali nak jumpa memang taknak la cakap dengan kawan suruh dia pegi cepat cepat. lantak laa haha
hensem kan? dia ni kalau senyum lagi hensem hehe
then pindah sekolah still kat shah alam. shah alam tersayang ku hehe haa yang ni baru cam cinta sikit la tadi cam apa jek cerita sedih siap kena sepak lagi haha
- masa tu darjah tiga kenal dia kat sekolah agama time rehat kot. nak beli maggi alaa yang packet kecik tu tak ingat 50 sen ke 70 sen. korang mesti penah makan jugak. dia kacau kacau biasa la nak duduk rehat sebelah biasa lagi. normal la budak laki kacau budak perempuan masa sekolah rendah kan. kalau dah besar panjang kacau jugak tak tahu la haha pastu nak tunggu bas balik sekolah kita. bas lain lain dengan dia. dia dah naik bas pastu jerit nama 'anisah....' pastu kita pandang dia kelip mata. yang macam playboy selau buat tu hehe gatal naaa kecik kecik dah gatal haha besar ni tak tahu la lame dah tak jumpa dia. tak ingat la apa reaksi kita senyum senyum kambing kot haha sweet konon cukup la da kena tendang kan haha
- tak lama lepastu suka la sikit. bukan couple pon tak tahu pun couple tu apa hehe tapi tak la kemain sangat kan. innocent jek bab2 ni. setakat jumpa kat sekolah main main pastu naik bas nampak rumah dia 'ohhh ni rumah dia' pastu hati berdebar debar haha
takdela sampai dating dating kan budak baik ni
- pastu yang ni paling tak tahan. budak lelaki lain pulak. ceh banyak peminat kau nisa perasan haha dia ni budak dalam bas kita pulak. dia tahu kita cam suka suka pulak dengan lelaki yang kelip kelip mata tu. kitorang sebaya semua masa darjah tiga. ish dia ni memang hensem. hensem la tapi nakal gila. hensem mesti nakal ek ntah la tak suka dia sebab nakal. ceh kira kita masa kecik kecik suka yang sweet la cam kelip kelip mata haha kadang kadang naik van sama dengan dia. mesti sampai rumah kita dulu baru rumah dia. tiap kali sampai rumah kita jek dia mesti nak bukakkan pintu. sweet jugak ek tapi menyampah masa tu mulut dia takde insurans sikit huhu
- dia siap selalu datang rumah kita. buat susah susah jek cik abang hehe bukan jemput masuk rumah pun siap kita halau lagi. maaf ya biasa la hormon budak perempuan sekolah rendah. rumah kitorang bukan dekat sangat kena naik basikal la jugak dia datang semata mata suruh kita tinggalkan lelaki yang kita suka tu pastu suruh suka dia haha kelakar la permintaan dia. masa tu kecik emo kan cakap la ' banyak la. taknak aku bukan suka kau pon' adoi kelakar la baru darjah tiga ya adik adik ish. pastu dia pindah sekolah baru nak teringat-ingat dia. nasib kau la nisa.
sekarang tak jumpa dah semua ni. bila teringat jek mesti gelak. camne la dorang sekarang dah besar hensem lagi ke tak la haha ni semua time sekolah rendah. sekolah menengah lagi laa tak main cinta cinta ni hehe
p/s : together make it love forever making you smile :)
2 comments:
rindu giler kt nostalgia sekolah..
rindu kat awek la tu haha
Post a Comment