02 February 2012

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Tak boleh tidur sampai pukul 5 pagi. sebab apa pikir banyak sangat. baring-baring pastu bangun duduk exercise lagi last last bukak laptop. then buat pre-register untuk next sem pagi-pagi buta kan. nak google ape yeh. pastu terjumpa tadaaaa. mesti orang dok pikir aku ni frust sangat haha takpe takpe muhasabah diri pagi-pagi hehe tapi copy paste jelaaa. jom kita baca sama-sama.


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

ADAKAH AKU YANG BERSALAH?

25 May 2011

Queensbay Mall

some pictures from Queensbay Mall, Penang. masuk kedai and then take some pictures. tapi tak beli apa apa sebab tak rasa nak shopping lagi. jimat duit jap eh hehe nanti bila mood nak shopping habes hormone adrenaline semua keluar semua nak beli time tu memang bankrap bankrap. mak pulak mengaku kapten penjara pudu haha

ouh so sweet. mak ayah pegang pegang tangan lagi tuuu :)








posing jek lebih semua ni haha

baru perasan banyak gambar mak laa lately. dah perempuan dalam family ade 2 orang jek memang muka ni jelaaa yang keluar haha yang lelaki takde laa gedik sangat nak gambar nak cepat cepat adelaa baru masuk kedai berapa saat dah suruh keluar. payah jalan dengan lelaki ni haha tu yang keluar 3 orang jek rasa macam anak tunggal pulak haha tapi kene paksa jadi photographer amek gambar dorang pulak ceh. for those who have back home from europe, please go to the hopital right now. since sekarang ada jangkitan bacteria E.coli maaa cepat pergi hospital check dah lama sakit tuuu.


24 May 2011

Second hometown Penang


Tiap tiap tahun wajib Penang nasib tak tiap tiap bulan since tadika lagi. bukan ada sedara mara pon yang ada hanyalah mamak handsome haha and chinese ramai gilaa. so this time we all pergi seberang laut means lalu jambatan dia laa. jalan jalan cari makan lagi. and yang penting sibuk nak join pergi kerja sebab bosan duduk rumah. bila daaa cuti camni laa jadinyaaa lets see the beauty of the earth.


Penang bridge said welcome :)




we can see the building from here



cruise there haha ferry kot



okay time to back home. nothing to say. just travelling as usual. tapi satu jek tak naik ferry sebab tak sempat sampai kena tinggal mak kat vistana sorang-sorang for two days sebab adik nak exam midterm kat sekolah dia. tulaaa cuti before school holiday haha kesian mak its okay. mak balik naik plane okeh. we will pick up you soon. miss you.

30 April 2011

JOM Heboh

hari tu ada pergi jom heboh. haritu laa sangat lamee gilaaa dah dulu. time minggu praktikal dekat kuantang tapi sekarang dah cuti yeaayyy sebulan jek haha takpe cuti puas-puas sekejap pastu pergi uia amek exam. pergi-pergi jom heboh terjumpa akim. takde laaa minat mane dia tapi dah nampak tuu handsome laa pulak kan padahal lagu dia pon tak tahu haha

ni laaa antara shawl shop yang adeee nak jumpa tuannyaa
tapi pergi rehat makan pulak daaa ops habis keromot haha biasa laaa

ni jelaaa yang mampu beli untuk bekalan dunia haha

haaa yang ni shida yang rebut dengan budak-budak
nak sangat tengok konsert kena rebut benda ni dulu


then after makan, we go to zoo. cute gilaaa rabbit. kesian ada rabbit kaki dia darah menggigil-gigil dia tak tahu napeee. takpelaaa awak duduk diam-diam yaaa tulaa nakal sangat. tapi saya takut nak pegang haha yang besar gemuk sangat yang kecik bole laaa ringan gila kot. tengok budak budak kecik pegang binatang pergh mantap. main campak campak camtu jeee memang berani nanti dah besar tengok laaa jadi cam kitorang takut sikit sikit laaa haha berlagak depan kitorang yaaa ish.



ni sugar glider same cam adik linda punya tapi sad dia punya dah mati
sebab kena hempap time tido. tulaaa awat laa dia ni kecik sangat hehe

penyayang tak penyayang shida ni hehe




pandai pulak dia kan tengok camera ni mesti dah biasa cw



mak ai selekeh benoo perempuan ni. tengok pegang jugak kan haha careful sikit laaa
kesian dia kecik kang terpijak pulak haha

actually rindu dengan rabbit ni. macam best jek kalau ada rabbit kalau nak bela kat hostel habis laa. dia bukan kecik macam ikan, hamster ke. rindu tengok jelaa gambar yang mampu. sad~

17 April 2011

Dont matter what

before do some work, lets get free of mind for a while. remove all of the bad thing and pure the brain. memang before ni pure tak pure sangat laaaa. tapiiii innocent kot haha and spend our time at shops wajib after berpenat lelah jawab exam semua. kalau tak buat boleee jadi gila kot. its normal right for a woman

.

teror jugak mak posing posing nih haha




she is really likes accessories things sampai keluar kedai terus nak pakai
tak bole nak tunggu lagi tuu haha

and now practical time alhamdulillah got finished at Kuantan Medical Centre or we called KMC for short. tahu kat mana? mesti korang tak perasan punyaaa. sebelah Megamall jeeee kot. everything was alright there learned too many thing. takde kena marah sangat macam takde laaa jugak kan anet haha but seriously penat. start pukul 9am then balek 5pm tapi kadang-kadang ada stayback nak dekat pukul 6pm jugak balik. balik jam pulak memang balik-balik terus tiduuuur tak sempat dah nak buat benda lain. tidur pukul 12am memang rutin harian sekarang. i think qada tidur kat rumah nanti laaa eh apahal nak qada' tidur awal kot i mean qada' tidur lambat laaa haha tak remaja laaa tidur awal.


assessment satu pun tak buat lagi. so 2nd and 3rd week kat HTAA so jom buat assessment. kena improve lagi huhu goodluck do your best. seronok jugak practical rasa macam kerja tak laaa masa terbuang begitu sahaja. tapi yang tak best takde dueeeett buang duet lagi adelaaa huhu its okay at least ada experience. jangan nak kejar duniawi sangat la anisah oiiii

rindu tempoyak sri kampuang huhu so tomorrow, HTAA im coming. bismillahirrahmanirrahim.....

08 April 2011

you are not like others futuristic lovers

alhamdulillah got finished for 6 papers berderet selang sehari. then bila dah last last paper ni rasa macam dah immune dengan exam. so macam exam? okay then takde nervous apaaaa. padahal study pun tak lagi. and yeahhhh have to go out. oh my god lama gilaaaa tak keluar kot. duduk terperuk jek kat bilik. bilaaa roomates semua keluar rasa macam arghhhh tinggal i sorang-sorang lagi. but its okay thanx you all selalu sediakan breakfast untuk i yang tidur jek kerja ni. nanti i sediakan dinner untuk you all okay erk haha


nak kata study banyak hmmmm jawab exam pon macam ikhlas tak ikhlas. sebab pikir nak release tension cepat cepat. then habis paper radiobiology dah kena radiation 100Gy semua dah lukis pie chart semua yang cantik gilaaa bulat jek kan terus dah pikir apaaa erk effect radiation dekat cardiologist ni dah lukis graph smoooth gilaaa then message seha jom keluar. tapi fikir solat kita keluar after solat laaaa eh.


rasa bahagia gilaaa bila keluar padahal masuk kedat tu keluar kedai tu pastu keluar kedai lain masuk kedai laaaain. cuci cuci mata memang la kerja perempuan kan haha materialistik betul. atleast nak beli barang tak mintak duit orang pergi kerja sendiri haha sapaaaa la tu kan. lets see how cute of them hehe







oh my god comel gilaaa boleh buat menantu and kakak ipar. seha next time beli laaaa spec tu. bila tengok banyak kali sesuai gak ngan ko. zue dah geng dah dengan ku spec sama. tapiiiii ku punya berpower laaaa and tak segedabak macam korang punya. i kan tak stylo macam you all huhu








then eh padahal pergi makan dulu baru meronggeng dah terbalik. mine yang western punya. membazir satu ayam tak habis. sape suruh bagi dua. i nak satu jek then price tu half laaaa eish. its okay. alhamdulillah rezeki tak puas lagi nak keluaaaarr. taq sabaq nak balik kl nih. jom laaa study. 2 papers more to goooo im coming home im coming home.


camne nak study dah immune ni aaahhhhhh. fine got to go.